Pusat Ekonomi Digital Kg Mela mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Mula beroperasi pada 17 Mac 2014
Pusat Ekonomi Digital merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Segajat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Penubuhan Pusat Ekonomi Digital ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar.
Warga komoniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi Pusat Internet Malaysia dan menggunakan kemudahan jalur lebar yang telah disediakan.
Pusat Ekonomi Digitaldiwujudkan bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat. Disamping meningkatkan sosial-ekonomi masyarakat melalui kemudahanyang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.