ANDAMAN, MENJAHIT PAKAIAN DAN PERKHIDMATAN PELAMIN PERKAHWINAN
Puan Intan Zahrah merupakan graduan lepasan diploma Politeknik, minat beliau dalam bidang keusahawanan yang sangat mendalam beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan ibunya yang dahulunya dikenali sebagai Butik As-Syakirin. Puan Intan mengambil alih perniagaan tersebut pada Mac 2019 dan diperbaharui menjadi Butik Pengantin Cik Bunga beralamat No.12, Kedai PKNP, Kg Mela 27010 Jerantut, Pahang.
Puan Intan juga merupakan salah seorang usahawan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Kg Mela). Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di Butik Pengantin Cik Bunga antaranya pakej perkahwinan seperti pelamin bertunang dan pelamin untuk majlis perkahwinan. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan baju pengantin tradisional dan moden. Butik ini juga menyediakan perkhidmatan buaian untuk kegunaan majlis bercukur jambul.
Puan Intan juga sering melibatkan diri dalam program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg Mela. Seperti kelas ICT, bengkel canva, kelas pemasaran dalam talian seperti facebook,Instagram, tiktok dan sebagainya. Dengan adanya program tersebut sedikit sebanyak membantu Puan Intan dalam memajukan perniagaan Butik Pengantin tersebut.