| Tarikh : 14 MAC 2026 Masa : 8.00 AM – 3.00 PM Peserta : 60 ORANG Tempat : NADI KAMPUNG MELA |
Aktiviti
Bazar raya menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu kos sara hidup usahawan terdekat. Usahawan menyediakan produk barangan masing-masing untuk jualan di Bazar Raya NADI. Antara produk yang dijual adalah kuih raya, kraftangan, minyak wangi, sampul duit raya, tudung dan pakaian wanita. Selain daripada jualan, ada juga aktiviti lain seperti kuiz emoji raya kategori kanak-kanak dan dewasa serta kelas keusahawanan. Bukan itu sahaja, saringan kesihatan juga turut diadakan untuk semua pengunjung yang hadir ke NADI.














