Perjalanan Ke Kuala Tahan
Bandar yang terdekat ialah Jerantut, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelancong boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16km daripada Bandar Jerantut. Pelancong juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Jerantut.
Pelancong daripada Singapura boleh menaiki keretapi malam yang berhenti di Stesen Keretapi Kuala Tembeling. Daripada Jeti Kuala Tembeling, pelancong akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang 2 1/2 ke 3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan.
Tambang bot ialah RM 35.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 9.00 pagi, 1.00 petang dan 2.00 petang setiap hari.
Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM 10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu unit kamera
Penginapan
Mutiara Taman Negara menyediakan penginapan bagi pelancong yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500. Atau kunjungi laman web www.mutiarahotels.com