mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos 2018 – Sayangi Negaraku Malaysia

 

Tarikh                    : Sayangi Negaraku Malaysia

Masa                     : 9.30 pagi – 12.30 petang

Lokasi                    : Pusat Internet Kampung Mela

Peserta                : 10 Orang

Tujuan

Program ini dihadiri seramai 10 orang peserta dari lingkungan umur 7-12 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan erti kemerdekaan dan pemahaman pengorbanan jasa-jasa pejuang tanah air dan pemimpin terdahulu. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk jati diri masing-masing. Disamping itu, penekanan dalam memahami secara mendalam erti rukun Negara.

Aktiviti

Peserta yang hadir diberikan ceramah dan penerangan berkenaan hari kemerdekaan dan tayangan video. Seterusnya, sesi soal jawab bagi menguji tahap pemahaman setiap peserta. Peserta juga diberikan tugas menghafal dan memahami setiap rukun Negara. Selain itu, bagi peserta tahap 1 melibatkan diri dalam aktiviti mewarna yang diseliakan oleh petugas pusat internet. Bagi peserta tahap 2, ditugaskan untuk melakar logo sayangi malaysiaku mengikut tahap kreativiti masing-masing.