mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OKTOBER 2018 – KDB & LATIHAN PENGUKUHAN ICT

Tarikh                         : 12 Oktober 2018

Tempat                       : Pusat Internet Kampung Mela

Masa                           : 3.00 Petang – 5.30 Petang

Peserta                       : 9 Orang

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang usahawan dari kampung Mela. Tujuan kelas latihan diadakan adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran ICT dikalangan wanita di kampung Mela, seiring dengan zaman arus teknologi yang mana kebanyakkan segala urusan menggunakan internet. Selain itu juga kelas diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan komuniti setempat berkenaan oversharing iaitu perkongsian maklumat peribadi secara berhemah.

AKTIVITI

Penolong pengurus memberi penerangan berkenaan kesan buruk akibat dari perkongsian maklumat diri secara meluas, kemudian tayangan video diperlihatkan kepada peserta dan peserta perlu menjawab kuiz yang diberikan untuk menguji pemahaman mereka. Aktiviti diteruskan dengan latihan pengukuhan dalam modul Microsoft office kepada peserta, iaitu modul microsost word. Peserta perlu mengarang surat rasmi dan mencipta kad perniagaan.