Tarikh : 2.11.2018 – 5.11.2018 Tempat : Pusat Internet Kampung Mela Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Kursus digital marketing anjuran pihak IUB/MARA ini bertujuan untuk melatih serta memberi tunjuk ajar berkenaan pemasaran produk secara mendalam kepada semua usahawan komuniti kampung Mela. Pada kursus siri-1 ini dihadiri oleh 20 orang. Pensyarah dari Institut Usahawan Bumiputera didatang khas sebagai tenaga pengajar pada pada kursus siri-1 pada kali ini. Kursus ini berlangsung selama 4 hari, dan pegawai dari MARA Kuala Lumpur iaitu Puan Baizura datang oada hari terakhir untuk memantau dan penyampaian sijil kepada semua peserta.
Aktiviti
Pada hari pertama peserta mendaftar sebagai pengesahan dalam menyertai kursus digital marketing siri-1 dalam proses pngeluaran sijil. Kursus bermula pada jam 9.00 pagi, peserta diberikan penerangan berkenaan semua modul yang bakal dipelajari dalam siri-1 pada kali ini. Modul terdiri daripada kaedah pemasaran, cara pengendalian laman sosial, cara sunting gambar dan video, teknik mencipta pin pada peta, mencipta logo, kaedah sebut harga dan cara mencari peluang dalam memasarkan produk. kesemua modul dihabiskan dalam masa 4 hari sepanjang kursus tersebut berlangsung. tejnik yang diterapkan kepada kesemua peserta iaitu peserta perlu mempraktik dan menyelesaikan segala tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. secara tidak langsung kesemua peserta mahir dalam kesemua modul yang telah diajarkan.