mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN FEBUARI 2019 – KDB & LATIHAN PENGUKUHAN ICT BERSAMA PELAJAR SEK. RENDAH

Tarikh                         : 24 Febuari 2019

Tempat                       : Pusat Internet Kampung Mela

Masa                           : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Peserta                       : 9 orang

 

Tujuan

Kelas pengukuhan kemahiran ICT ini dihadiri oleh 9 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah diantara umur 8 – 12 tahun. Tujuan kelas latihan ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kepentingan kemahiran ICT selaras dengan zaman IT dan teknologi kini. Selain itu juga, ia juga bertujuan mengukuhkan kemahiran ICT yang dimiliki bagi setiap peserta. Seterusnya juga meningkatkan kemahiran Microsoft office dikalangan generasi muda pelajar sekolah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah peserta diberikan penerangan berkenaan kepentingan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melalui arus teknologi kini. Pada sesi pertama peserta juga diberikan penerangan bagi setiap kompenan yang terdapat dalam Microsoft word. Seterusnya peserta diminta menyediakan surat rasmi mengikut syarat dan ketetapan oleh petugas pusat internet mengikut masa yang ditetapkan. Selaim itu, peserta juga diminda membuat 1 peta minda bagi menguji pemahaman peserta. Pada sesi terakhir, sesi soal jawab dan pemeriksaan hasil tugasan masing-masing dilakukan bagi mengenalpasti kesalahan dan pembaikkan pada masa akan datang.

Gambar Disini