mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Bukit Jenerus, Kampung Mela

Pengenalan Bukit Jenerus

Bukit Jenderus merupakan sebuah bukit yang terletak di kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang. Ketinggiannya pula berada pada 520 meter dari paras laut. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat yang memanggil dengan gelaran bukit jenderus dan bukit jederus. Bagi masyarakat setempat ia lebih dikenali sebagai bukit jenerus.

Kebiasaanya bukit jenerus menjadi tempat kunjungi bagi pendaki-pendaki yang menggemarkan aktiviti sukan extreme, serta bagi pencinta alam. Masyarakat setempat juga sering menjadikan aktiviti mendaki bukit jenerus sebagai aktiviti tahunan bagi sesetengah persatuan.

Taman Rimba Kenong menempatkan kepelbagaian bio, dan pelbagai flora serta fauna menghiasi landskap sekitar gunung ini.

Selami dan nikmati ketenangan sekitar landskap ini serta bebaskan diri anda dari belenggu kesibukan kota. Hayati kepelbagaian keajaiban alam semula jadi seperti rimba yang kaya dengan flora dan fauna.

Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:

  • Interpretasi Sumber
  • Fotografi
  • Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
  • Jelajah Gunung
  • Perkhemahan

Panduan Perjalanan

Pemanduan dari Kuala Lumpur, menuju ke Stesen Kuala Lipis mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Seterusnya boleh terus menuju ke kg mela yang mengambil masa selama 40 minit dan melaporkan diri kepada ketua kampung berkenaan tujuan pendakian dan maklumat para pendaki. Perjalanan pendakian bermula dari kampung redan, Mela.