mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT Q3 2018 – Syafiqah Ayuni binti Ismail

Nama   : Syafiqah Ayuni binti Ismail

Umur   : 19 Tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang

Cik Ayuni merupakan pelajar lepasan sekolah yang baru sahaja menamatkan SPM 2017, beliau memanfaatkan masa yang ada dengan menambah pengetahuan ICT melalui latihan ICT yang disediakan oleh pihak Pusat Internet sebagai persiapan memasuki alam university.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam kelas ICt yang disediakan oleh pihak pusat internet kampung Mela, beliau hanya mahir menggunakan fungsi asas di dalam Microsoft word dan powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas computer yang sering diadakan setiap minggu di pusat internet, beliau telah mahir menggunakan kesemua fungsi di dalam Microsoft word, excel, dan powerpoint. Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam membuat pengiraan melalui mic excel, dan mahir dalam menggunakan setiap fungsi grafik dalm mic powerpoint. Disamping itu, kemahiran komunikasi dan ketarmpilan juga semakin baik. Kini, beliau semakin yakin dapat melaksanakan semua tugasan yang diberikan pensyarah kelak.