mcmc
Laporan Aktiviti

KDB & KELAS E-PEMBELAJARAN (KUIZ KAHOOT) MAC 2022

Tarikh                         : 18 MAC 2022

Hari                            : SABTU

Masa                          : 3.00 PM – 4.00 PM

Peserta                       : 4 ORANG

Tempat                       : PEDi KG MELA

 

Tujuan

Kelas E-pembelajaran untuk golongan Pelajar Sekolah Rendah ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu proses pembelajaran kini yang semakin moden dan canggih. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul.

Aktiviti

Pelajar diberi pendedahan mengenai kompenan-kompenan komputer agar pelajar mengenali dengan betul. Pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana untuk proses e-pembelajaran berlaku dan mereka diperkenalkan dengan beberapa jenis pembelajaran dalam talian. Seterusnya, pelajar juga diberikan pendedahan kepada kuiz kahoot. Dengan pendedahan ini, pelajar dapat bermain kuiz dengan memilih subjek-subjek yang menjadi pilihan kegemaran mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat bersaing dengan rakan-rakan ketika bermain kuiz kahoot.