Tarikh : 11 OGOS 2022 Masa : 10.00 AM – 12.30 PM Peserta : 17 ORANG (Murid Tadika Perpaduan) Tempat : PEDi KG MELA |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahkan awal kepada murid Tadika Perpaduan Kg Mela tentang asas penggunaan komputer dan fungsi komponen pada komputer. Selain itu mereka juga diajar cara untuk mengendalikan tetikus dengan betul. Murid tadika Perpaduan melihat dan memahami mengenai penggunaan komputer
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan untuk program ini adalah, murid tadika perlu mewarna gambar yang dipilih secara digital. Aktiviti ini sangat membantu untuk mengekalkan fokus untuk mewarna gambar tersebut. Selain itu mereka juga dapat mengendalikan tetikus dengan baik. Hal ini juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT.