Zainuddin Mela Enterprise yang diasaskan oleh Nursuhaizah Binti Zainuddin bersama suami . Beliau mewarisi perniagaan keluarga dari sejak tahun 2002 lagi yang mana diuruskan oleh bapanya. Zainuddin Mela Enterprise menjalankan perniagaan runcit dengan menjual pelbagai jenis barangan kering. Selain itu, turut menyediakan barangan basah seperti ayam dan ikan segar untuk masyarakat setempat. Disamping itu, zainuddin mela enterprise juga ada menawarkan perkhidmatan menyediakan kueh mueh untuk tempahan sebarang majlis dan keramaian.