Nama : Hamzi Bin Hamisan Umur : 31 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
En.Hamzi merupakan pelajar lepasan IPTA. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaannya secara terus kepada pelanggannya dengan cara meniagakan barang jualan t-shirt yang bercetak di pasar malam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di dalam kelas ICT yang disediakan oleh pihak pi1m, beliau mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang teknologi maklumat tetapi akibat kekangan masa untuk mengetahui peluang dan potensi untuk berniaga di platform atas talian beliau terlepas peluang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan asas computer yang sering diadakan setiap minggu di pusat internet beliau mula berjinak dalam memasarkan produknya iaitu t-shirt yang bercetak di dalam media social, seperti Instagram, facebook, mudah.com, shopee dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mula mendapat tempahan borong dari pelanggan, permintaan sangat memberansangka juga dari negeri luar.