Nama : SITI ZUHAIDA BINTI ZAKARIA Umur : 27 TAHUN Ahli : 2017 |
Latar belakang
Usahawan ini menjalankan perniagaan menjahit pakaian samada lelaki ataupun wanita.Cik Zuhaida merupakan seorang pelajar lepasan politeknik pengkhususan fesyen dan tekstil di utara tanahair. Kini, beliau menjadikan perkhidmatan menjahit pakaian dari rumah sebagai pendapatan utama beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Zuhaida menjalankan perniagaan menjahit pakaian tradisional dan moden seperti baju melayu, baju kurung, blouse dan kemeja. Pemintaan dan sambutan adalah sangat terhad iaitu hanya disekitar komuniti kawasan setempat. Disebabkan kekangan liputan rangkaian internet, cik zuhaida mengalami masalah dalam memasarkan koleksi jahitan dan kerap mengunjungi pi kg Mela.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau menghadirkan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pi Mela, Cik Zuhaida dapat meluaskan pasaran dengan teknik yang lebih effektif dan secara tidak langsung mendapat tempahan dari dalam dan luar daerah. Selain itu, petugas membantu cik zuhaida dalam menumbangkan idea untuk mempelbagaikan dan menambah koleksi jahitan beliau iaitu seperti menyediakan perkhidmatan jahitan manik dan menjahit pakaian bagi kanak-kanak selaras dengan permintaan semasa. Cik Zuhaida banyak memanfaatkan kemudahan dengan melayari laman youtube mempelajari teknik dan pola jahitan.