mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 1 – Q4 2017 Kamarul Hikma @ Tajulludin bin Ahmad

USAHAWAN PRODUK STEVIA

 

NAMA                 : Kamarul Hikma @ Tajulludin bin Ahmad

UMUR                 : 54 TAHUN

AHLI                   : 2014

 

Latar belakang

Encik Tajul merupakan seorang usahawan produk Pemanis Stevia secara kecil kecilan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Tajul merupakan seorang petani dan menjadikan jualan pemanis stevia pengganti gula sebagai pendapatan sampingan. Beliau hanya mengiklankan produk beliau di sekitar kampung Mela dan kawasan setempat melalui pengiklanan kovensional. Secara tidak langsung kaedah yang digunakan sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Tajul melibatkan diri di dalam bengkel keusahawanan di Pi bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Selain itu, kini en tajul aktif dalam memasarkan produk beliau dan pasaran terhadap produk beliau juga semakin meningkat. Di samping itu, beliau juga semakin cekap dalam menguruskan kunci kira-kira.