mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 1 – (SUKU TAHUN KETIGA 2019)

Latar Belakang Usahawan

Nama : Nur Hafizah Binti Hasnan

Tarikh Lahir : 13 Oktober 1989

Umur : 30 Tahun

Pekerjaan : Surirumah

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn.Hafizah menyediakan perkhidmatan melukis henna dsekitar kg Mela bagi urusan majlis perkahwinan dan sebagainya. Beliau mendapat permintaan disekitar kg Mela dan mencari idea bagi meningkatkan perkhidmatan beliau melalui laman youtube. Beliau juga sentiasa mengikuti perkembangan cara pemasaran secara meluas melalui telefon pintarnya namun tidak menguasai cara pemasaran yang betul

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menghadirkan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pusat Internet Mela, Pn,Hafizah dapat meningkatkan teknik pemasaran serta meningkatkan lagi kemahiran/kepelbagaian dalam melukis henna. Beliau juga meningkatkan idea serta mempelbagaikan corak henna mengikut keperluan pelanggan melalui laman youtube, mengkut blog, dan berkomunikasi bersama usahawanan henna dari luar daerah. Permintaan pelanggan juga memberansangkan yang mana juga terdiri pelanggan dari luar daerah dan negeri.

Apa yang dipelajari melalui PI

–           Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, instagram dan mudah.com

–           Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan untung/ rugi

–           Membuat pemasaran di Myshop dashboard

–           Melakukan promosi untuk jualannya di atas talian.

–           Teknik fotografi yang effektif dalam aktiviti promosi.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

–           PI membantu mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan dari usahawan

–           Memberi kelas tambahan dan mempelbagaikan idea

–           Menunjukkan peluang-peluang yang ada untuk meluaskan perniagaannya

–           Membantu dalam keterampilan diri dan teknik komunikasi usahawan

–           Pengurusan kewangan dengan lebih baik