mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2 Q1 2018 – Habibah Binti Kidam

 

Nama   : HABIBAH BINTI Kidam

Umur   :  33 tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

Usahawan ini menjalankan perniagaan atas talian iaitu barang aksesori minyak wangi kereta jenama ‘freshlah’

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Habibah bekerja sebagai kerani di pejabat penghulu Mukin Cheka 1 dan tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan Beliau telah menjadi ahli pi Mela sejak tahun 2014. Tetapi beliau kurang mendapat pendedahan bekenaan kemahiran keusahawanan dan ICT disebabkan kekangan masa komitmen kerja beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berminat dalam perniagaan secara atas talian yang hanya membolehkan beliau bekerja dari rumah. Setelah beliau menghadirikan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pi Mela, beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan atas talian dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan sampingan beliau. Selain itu, beliau juga mendapat peluang meluaskan pasaran hasil tunjuk ajar daripada petugas pi melalui pelbagai media dan saluran. Permintaan dari luar daerah membuatkan puan habibah perlu mencari agent bagi memasarkan produk beliau. Disamping itu, beliau juga menguruskan kewangan untung rugi dengan lebih baik setelah melibatkan diri dalam latihan keusahawanan yang disediakan.