Nama : Nur Fadillah Binti Ridzuan Umur : 28 Tahun Ahli : 2014
|
Latar belakang
Usahawan ini bekerja di perusahaan bengkel motosikal dan pemilik gerai burger
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Fadillah merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan merancang untuk bekerja sambilan bertujuan menambah pendapatan keluarga beliau. Beliau telah menjadi ahli pi Mela sejak tahun 2014. Tetapi beliau kurang mendapat pendedahan bekenaan kemahiran keusahawanan dan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Fadillah bekerja sebagai kerani dan membantudi perusahaan bengkel motosikal milik suami beliau. Setelah beliau menghadirikan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pusat internet kg Mela, beliau mula bercadang melibatkan diri dalam perniagaan beliau sendiri iaitu gerai jualan burger dan kueh mueh, secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga. Selain itu, beliau juga mendapat peluang meluaskan jualan hasil tunjuk ajar daripada petugas pusat internet. Beliau juga menyediakan perkhidmatan COD bagi kawasan berdekatan. Disamping itu, beliau juga menguruskan kewangan untung rugi dengan lebih baik setelah melibatkan diri dalam latihan keusahawanan yang disediakan.