Nama : Nor Fazaren Binti Abdullah Umur : 30 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Usahawan ni merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual food in delivery serta kerepek secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan fazaren hanya seorang surirumah sepenuh masa, beliau merancang untuk berniaga secara kecilan untuk menambah pendapatan keluarga beliau. Tetapi beliau tidak dapat melaksanakan kerana kurang pendedahan berkenaan kemahiran keusahawanan dan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau menghadirikan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pi Mela, beliau mula berniaga secara kecilan iaitu menerima tempahan dan menghantar ke pintu rumah pelanggan melalui perkhidmatan COD, selain itu beliau juga mula melibatkan diri di pasar carboot sale. Hasil tunjuk ajar daripada petugas pi melalui pelbagai media dan saluran juga, beliau juga mendapat tempahan kerepek secara meluas hingga ke luar daerah dan negeri. Perancangan kewangan dan untung rugi juga dapat dikendalikan dengan lebih baik.