mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2 – (SUKU TAHUN KETIGA 2019)

Latar Belakang Usahawan

Nama : Nur Auni Safirah Binti Che Yazid

Tarikh Lahir : 15 April 2004

Umur : 15 Tahun

Pekerjaan : Pelajar Sekolah

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Safirah mendapat tempahan kuih dan muih permintaan dari sekitar kg mela bagi tujuan majls keramaian. Beliau hanya melakukan jual beli disekitar rakan dan komuniti setempat sahaja yang mana melalui capaian kenalan sahaja. Serta barangan yang diniagakan secara atas talian juga kurang mendapat sambutan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri dalam kelas ICT dan bengkel keusahawanan yang dijalankan di PI, beliau mula melangkah lebih jauh dengan merebut peluang meluaskan lagi perniagaan beliau terutama dalam aspek pemasaran. Beliau mula mempelbagaikan platform memasarkan produk beliau seperti di facebook, instagram,dan shopee. Skop pelanggan juga semakin besar dan semakin mendapat sambutan. Selain tu, tempahan kuih dan muih cik safirah juga semakin meningkat. Petugas membantu Cik Safirah dalam menyumbangkan idea untuk mempelbagaikan dan menambah koleksi makanan beliau iaitu seperti dalam menyediakan perkhidmatan pesanan terus ke rumah mempelbagaikan jenis makanan yang menjadi kegemaran pelbagai golongan di kampung. Cik Safirah juga banyak memanfaatkan kemudahan dengan melayari laman youtube mempelajari kepelbagaian makanan selaras dengan permintaan pelanggan sekarang.

 Apa yang dipelajari melalui PI

–           Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, instagram dan mudah.com

–           Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan untung/ rugi

–           Membuat pemasaran di Myshop dashboard

–           Melakukan promosi untuk jualannya di atas talian.

–           Teknik fotografi yang effektif dalam aktiviti promosi.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

–           PI membantu mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan dari usahawan

–           Memberi kelas tambahan dan mempelbagaikan idea

–           Menunjukkan peluang-peluang yang ada untuk meluaskan perniagaannya

–           Membantu dalam keterampilan diri dan teknik komunikasi usahawan

–           Pengurusan kewangan dengan lebih baik