USAHAWANAN ATAS TALIAN & PEKASAM
Nama : Asnita Earma Binti Abd Halim Umur : 27 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Puan Earma merupakan usahawan menjual pekasam
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Earma merupakan usahawan kecil yang menjual pekasam samada atas talian ataupun offline. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk beliau kepada kenalan dan masyarakat setempat sahaja. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semas
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke pusat internet bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran serta kaedah pengurusan maklumat yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan microsoft office. kebiasaannya pelanggan berpotensi merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka selaras aliran masa kini. kaedah pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan beliau tidak perlu lagi melakukan promosi secara manual yang mana dari rumah ke rumah. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di pusat internet, beliau berjaya menghasilkan kad perniagaan dan laman perniagaan bagi tujuam pemasaran. Kini, beliau melebarkan sayap dengan memperbanyakkan stokis-stokis perniagaan beliau yang mana meluaskan ke negeri perak.