mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q2 2018 – Raja Amiruddin Bin Raja Ibrahim

USAHAWAN BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN

Nama   : Raja Amiruddin Bin Raja Ibrahim

Umur   : 27 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

Sebelum ini, encik Amir merupakan seorang mekanik dan bekerja dengan bengkel pemilik lain. Namun setelah mendapat pembiayaian modal beliau bersama rakan karibnya yang merupakan sepupu beliau mempunyai idea untuk memiliki sebuah bengkel di kampung Mela.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Amir telah menjadi ahli pi1m Mela sejak tahun 2014. Tetapi beliau kurang mendapat pendedahan bekenaan kemahiran keusahawanan dan ICT disebabkan kekangan masa dan modal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menghadirikan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pi Mela, beliau mula merancang menubuhkan bengkel sendiri bermodalkan kemahiran yang dimiliki. Dan beliau mula membina bengkel di kg Mela. Selain itu, beliau juga mendapat peluang mempromosilkan bengkel beliau dengan hasil tunjuk ajar daripada pengurus Pi. Disamping itu, beliau juga menguruskan kewangan untung rugi dengan lebih baik. Kini, bengkel en.Amir semakin lebih dikenali ramai. Promosi melalui laman social dan flyers membantu beliau dalam mempromosi hingga ke luar daerah. Kini, beliau mula melebarkan sayap dengan membuka sebuah lagi bengkel di Taiping Perak, hasil kerjasama dengan sepupu beliau.