Nama : Nursyuhada Farah Asyikin Bt Ahmad
Tarikh Lahir : 23 Januari 2001
Umur : 21 Tahun
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
USAHAWAN PRODUK CHOCO CRISPY
Latar Belakang
Cik Syuhada merupakan seorang pelajar sepenuh masa di peringkat diploma. Beliau sangat bergiat aktif dalam perniagaan dan menjadikan perniagaan ini sebagai pendapat sampingan sebagai seorang pelajar..
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan ini ketika bermulanya pandemik covid-19 di Malaysia. Dan telah menyebabkan beliau tidak dapat belajar secara bersemuka di tempat pengajian. Semasa berlakunya pendemik Covid-19, beliau terpaksa belajar secara atas talian dan dalam masa yang sama juga, beliau telah menjalankan perniagaan bagi menambahkan pendapatan beliau. Namun begitu, perniagaan dan pasarannya agak terhad kerana perniagaannya hanya terdedah kepada rakan-rakannya sahaja. Cik Syuhada mempunyai ilmu tentang asas komputer dan asas teknologi maklumat. Tetapi beliau mempunyai kekangan masa dan juga kurang pendedahan tentang teknik pemasaran perniagaan. Beliau juga kurang pendedahan berkenaan peluang-peluang yang tersedia bagi memasarkan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan asas komputer yang telah diadakan di pusat internet pada setiap minggu, beliau telah mula mempromosikan perniagaannya secara dalam talian. Melalui platform perniagaan atas talian, beliau dapat memasarkan produk beliau di dalam media sosial seperti facebook, whatsapp, instagram dan juga shopee. Selain itu juga, beliau juga telah Berjaya mencipta kad perniagaan dan juga logo perniagaan bagi produknya bagi memudahkan untuk pelanggan menghubungi beliau dengan cara dan kaedah yang lebih efektif. Kini, perniagaan Cik Syuhada semakin berkembang dan mendapat sambutan selepas beliau memulakan perniagaannya secara dalam talian.