Nama : Norshafina Binti Zainuddin
Tarikh Lahir : 2 mac 1991
Umur : 29 Tahun
Pekerjaan : Pekerja ECER & Usahawan kek dan pastry
Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis
Latar belakang
Pn Shafina merupakan seorang pekerja sector swasta iaitu di Pusat Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan di Bandar Jerantut, yang mana menjadikan perniagaan kek dan bakeri sebagai pendapatan sampingannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula berjinak dengan perniagaan sejak dari tahun 2016 lagi, dan pasarannya agak terhad yang mana hanya mendapat tempahan dari kenalan rapat sahaja. Beliau mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat tetapi akibat kekangan masa, serta kurang pendedahan berkenaan peluang-peluang pasaran yang beliau mengalami masalah dalam memasarkan perniagaan dan perkhidmatan beliau kepada luar. untuk mengetahui peluang dan potensi untuk berniaga di atas platform di atas talian beliau terlepas peluang dalam usaha mempromosikan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan asas computer yang sering diadakan setiap minggu di pusat internet beliau mula berjinak dalam memasarkan produknya di dalam media social serta laman kedai atas talian. Selain itu, beliau juga mencipta kad perniagaan dan sticker logo perniagaan beliau sendiri, sebagai satu teknik pemasaran dalam memudahkan pelanggan menghubungi beliau dengan cara lebih efektif. Kini, permintaan kek dan pastri semakin meningkat yang mana pelanggan terdiri dari pelanggan dalam dan luar daerah.