mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 1- SUKU TAHUN PERTAMA 2020

Nama : Intan Zahrah Binti Ab Lah

Tarikh Lahir : 2 mac 1998

Umur : 23 Tahun

Pekerjaan : Usahawan atas talian (Perniagaan Butik Pengantin)

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis

Latar belakang

Cik Intan merupakan seorang pelajar lepasan ipt yang menjalankan perniagaan butik pengantin sebagai pendapatan utama. Beliau mulakan perniagaan dengan membantu ibunya yang juga merupakan usahawan dalam bidang jahitan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dengan bengkel dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau mengalami masalah dalam kemahiran menempatkan iklan untuk memasarkan perniagaanya ke kawasan yang lebih luas, dan pengurusan untung rugi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui bengkel keusahawanan yang sering diadakan setiap minggu di pusat internet beliau mula berjinak dalam perkhidmatannya di media social dan mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk kampung Mela dan kampung sekitar. Beliau juga semakin bijak dalam menguruskan untung rugi perniagaan dan juga permintaan perkhidmatannya juga semakin meluas ke luar daerah Lipis.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

–           PI membantu mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan dari usahawan

–           Memberi kelas tambahan dan mempelbagaikan idea

–           Menunjukkan peluang-peluang yang ada untuk meluaskan perniagaannya

–           Membantu dalam keterampilan diri dan teknik komunikasi usahawan

–           Pengurusan kewangan dengan lebih baik