mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2 – SUKU TAHUN PERTAMA 2020

Nama : Mohd Safri Bin Salleh

Tarikh Lahir : 27 Jun 1980

Umur : 40 Tahun

Pekerjaan : Pembantu Am N11

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling, Jerantut

Latar belakang

Encik Safri merupakan seorang pekerja di sektor kerajaan dan menjalankan perkhidmatan juruhebah secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan. Beliau memulakan perkhidmatan tersebut dengan melakukannya di majlis kecil disekitar kampung Mela.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dengan bengkel dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau mengalami masalah dalam kemahiran pengiklanan secara meluas di media social dan hanya tertumpu di kawasan kampong yang berdekatan sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui bengkel keusahawanan yang sering diadakan setiap minggu di pusat internet beliau mula berjinak dalam perkhidmatannya di media social dan mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk kampung Mela dan kampung sekitar. Beliau juga semakin bijak dalam memasarkan pengiklan perkhidmatannya di media sosial.

Apa yang dipelajari melalui PIM

  • Mencipta business card
  • Mempelajari MS word dan fungsi-fungsinya
  • Mempelajari Adobe Photoshop
  • Mengedit gambar di MS word
  • Mempelajari lajur di MS Excel
  • Cara menaip menggunakan Microsoft word
  • Fungsi tombol dan papan kekunci
  • Mempelajari cara membuat poster menggunakan Adobe PS
  • Mendapatkan berita terkini dan sahih.
  • Cara menggunakan internet dengan bijak

Bagaimana PIM membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PiM menyediakan kelas latihan ICT
  • PiM membantu kemahiran keterampilan diri dalam berkomunikasi
  • Menyediakan surat untuk kegunaan sendiri