USAHAWAN PEWANGI DEXANDRA DAN PEWANGI KERETA FLEUR
NAMA : PUAN NURUL AINA BINTI MAZLAN UMUR : 27 TAHUN AHLI : 2015 |
LATAR BELAKANG
Sebelum ini, puan Aina tidak menjalankan sebarang perniagaan dan beliau merupakan pekerja di dalam sector kerajaan. Beliau tidak mendapat pendedahan yang baik terhadap perniagaan, bagi beliau perniagaan memerlukan tempat dan masa untuk menjalankannya. Namun, perniagaan online dapat menjimatkan masa dan sesuai sebagai pendapatan sampingannya.
SEBELUM MENJADI AHLI PI
Puan Aina telah menjadi ahli pi1m Mela sejak tahun 2015 sebelum ini puan aina merupakan pekerja di dalam sector awam dan mempunyai masa yang terluang pada hari minggu. Beliau sentiasa ke Pusat Internet Kampung Mela dan aktif melibatkan diri dalam kelas ICT.
SELEPAS MENJADI AHLI PI
Setelah beliau melibatkan diri di dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pi Mela, beliau mula meneliti peluang dan pasaran yang bersesuaian dengan masa dan permintaan pelanggan pada masa kini. Beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan atas talian dan menjadikan pi sebagai platform untuk beliau menimba ilmu keushawanan dan meluaskan pasaran melalai Dashboard MyShop, dan kemahiran keusahawanan yang lain. Selain itu kemahiran ICT seperti mngendalikan emel, membuat brosur, flyers dan mnguruskan kunci kira-kira dapat membantu beliau menguruskan perniagaan dengan lebih baik. Kini, beliau mula mendapat tempahan dari pelanggan luar dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan beliau.