Nama : Syed Nurikmal Fazreen Bin Syed Kamaruddin Tarikh Lahir : 16 November 1997 Umur : 22 tahun Pekerjaan : Usahawan perniagaan burger dan makanan ringan Pendidikan : Sekolah Menengah |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Syed menjalankan perniagaan berasaskan makanan di kampung dengan penjualan yang mendapat sambutan dengan menjual burger dan makanan ringan. Beliau juga sentiasa mengikuti perkembangan cara pemasaran secara meluas melalui telefon pintarnya namun tidak menguasai cara pemasaran yang betul
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Setelah beliau menghadirkan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pusat Internet Mela, encik Syed dapat meluaskan pasaran dengan teknik yang lebih effektif dan secara tidak langsung mendapat tempahan dari dalam dan kampung yang berhampiran. Selain itu, petugas membantu encik Syed dalam menyumbangkan idea untuk mempelbagaikan dan menambah koleksi makanan beliau iaitu seperti menyediakan perkhidmatan pesanan terus ke rumah mempelbagaikan jenis makanan yang menjadi kegemaran pelbagai golongan di kampung. Encik Syed juga banyak memanfaatkan kemudahan dengan melayari laman youtube mempelajari pemasaran dengan teknik yang betul.