Nama : Pozeyah Binti Zainuddin Tarikh Lahir : 01 Januari 1971 Umur : 48 tahun Pekerjaan : Usahawan perniagaan runcit Pendidikan : Sekolah Menengah |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Puan Pozeyah menjalankan perniagaan menjual barang runcit bermula pada awal tahun 2000 dan Berjaya mengembangkan perniagaannya kepada 2 buah lot kedai. Beliau juga merupakan antara peniaga kedai runcit yang mempunyai barang runcit yang lengkap berbanding kedai lain di kampung Mela. Beliau juga tidak pernah mempromosikan barang jualannya di atas talian sebelum ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau menghadirkan diri dalam bengkel keusahawanan yang telah disediakan oleh pusat Internet kampung Mela, Puan Pozeyah dapat meluaskan perniagaannya seperti dengan berniaga melalui atas talian. Antaranya barangan seperti mainan kanak-kanak. Disamping itu juga, beliau juga menggunakan laman sosial sebagai medan pengantara untuk sentiasa mengemaskini stok barang-barang dikedai beliau untuk kemudahan masyarakay sekitar. Beliau juga sentiasa aktif dalam menggunakan platform facebook dalam terus memperkenalkan perniagaan beliau kepada masyarakat luar.