mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN APRIL 2019 – HARI BERSAMA KOMUNITI

 

 

Tarikh                         : 30 April 2019

Tempat                       : Dewan Tetutup Kampung Mela

Masa                           : 8.30 pagi – 4.00 petang

Peserta                       : 178 orang

 

Tujuan

Hari bersama komuniti ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti setempat untuk berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat internet itu serdiri. Selain itu juga, bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan kemahiran ICT, kesedaran klik dengan bijak, serta manfaat dari perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi yang terlibat. Program ini dihadiri oleh 178 orang pengunjung yang mana terdiri daripada komuniti sekitar mukim cheka-1, disamping itu program ini juga melibatkan 4 agensi kerajaan dan swasta iaitu dari poliklinik kg Mela, LPPKN Kuala Lipis, Telekom Malaysia, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dan Perpustakaan Desa Kg Mela.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan antaranya ialah taklimat klik dengan bijak, bagi mendedahkan kepada komuniti kepentingan menggunakan kemudahakan internet dengan bijak. Selain itu, kuiz kahoot juga dilakukan bagi menguji pemahaman peserta mengenai kandungan taklimat yang telah diberikan. Antara aktiviti lain ialah pertandingan menaip pantas, yang mana tebahagi kepada  kategori dewasa dan belia. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kemahiran peserta dalam menggunakan papan kekunci. Disamping itu,bagi pertandingan mencipta origami berpandukan youtube bertujuan untuk menguji daya fokus peserta. Antara aktiviti lain ialah muat turun aplikasi dashboard mobile, gubahan tuala berpandukan youtube, dan pertandingan mewarna kanak-kanak tabika.

gambar disini