mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER 2018 – KDB, MOBILE EWASTE & KEMASKINI HRMIS BERSAMA KAKITANGAN POLIKLINIK MELA

 

Tarikh                         : 4 Disember 2018

Tempat                       : Pusat Internet Kampung Mela

Masa                           : 9.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Peserta                       : 15 Orang

 

Tujuan

Aktiviti ini disertai oleh 15 orang petugas dari Poliklinik Kampung Mela. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua petugas berkenaan aplikasi HRMIS kepada oleh ketua jururawat poliklinik Mela. Seterusnya, aktiviti ini juga bertujuan untuk pendedahan dan kesedaran kepentingan menggunakan internet secara bijak pada zaman berteknologi tinggi pada masa kini. Selain itu juga memberi penerangan berkenaan kepentingan e-waste dan kesan terhadap diri dan alam sekitar.

Aktiviti

Ketua jururawat Poliklinik Mela memberi penerangan secara terperinci kaedah menggunakan aplikasi HRMIS kepada semua petugasnya. Selain itu juga, kesemua petugas diminta untuk mengemaskini semua maklumat diri dalam aplikasi HRMIS. Seterusnya, penerangan diberikan oleh penolong pengurus berkenaan kepentingan kempen e-waste serta kesan tidak mengamalkan kepada diri dan alam sekitar.  Disamping itu juga, pendedahan berkenaan menggunakan internet dengan bijak yang mana selari dengan arus teknologi kini juga diberikan kepada semua peserta. Hal ini bertujuan untuk memupuk nilai kesedaran supaya dapat menggunakan internet kearah kebaikkan serta tidak berkongsi maklumat diri secara meluas.