Tarikh : 28 & 29 Disember 2017 Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahri Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Mela Peserta : 14 Orang |
TUJUAN
Kelas ini terdiri daripada 10 orang pelajar tahap rendah iaitu berumur antara lapan hingga 12 tahun, dan 6 orang peserta lepasan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk mengasah minda kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolah pada januari akan datang serta melengkapkan kemahiran para belia yang akan mendaftar ke IPTA/IPTS kelak.
AKTIVITI
Para pelajar tahap rendah diajar mengenai asas latihan Microsoft word seperti asas menaip dan mencipta jadual. Seterusnya, bagi peserta belia diminta menyediakan slaid menggunakan Microsoft powerpoint mengikut tajuk yang diberikan oleh petugas pi1m. Para peserta juga perlu membuat perbentangan bagi setiap tajuk. Hal ini supaya, peserta dapat mempelajari cara membuat slaid secara lebih kreatif dan tepat. Disamping itu, tugasan ini dapat meningkatkan kemahiran keterampilan diri peserta supaya lebih ke hadapan.