mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Januari 2018 – Latihan Pemantapan ICT kepada Guru Kafa Mukim Cheka-1

Tarikh                    : 20 Januari 2018

Masa                     : 9.00 pg – 12.00 tghri & 3.00 ptg -5.00 ptg

Lokasi                    : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Mela

Peserta                  : 9 Orang

 

TUJUAN

Meningkatan pemahaman dan kemahiran ict kepada para tenaga pengajar Kafa. Terdiri daripada samada guru kafa lama dan yang baru dilantik. Meningkatkan kemahiran guru dalam pengurusan data murid serta mengemaskini secara efektif. Selain itu meningkatkan kemahiran dan mempelbagaikan dalam menyediakan bahan mengajar. Disamping itu, memberi pendedahan berkenaan

AKTIVITI

Terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pada sesi pagi peserta diberi tunjuk ajar penggunaan Microsoft excel dalam mengemaskini dan pengurusan data. Memberi pendedahan dalam setiap fungsi dan kompenan yang terdapat dalam mic excel. Berikut supaya para guru dapat menyimpan segala data dengan lebih efektif.  Seterusnya, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan sebagai latihan dalam memantapkan pemahaman setiap peserta. Selain tu, peserta juga mempelajari modul Microsoft word seperti surat rasmi dan penyediaan bahan mengajar yang lebih menarik dan pelbagai. Peserta diminta untuk menyediakan peta minda secara kreatif serta hadiah juga ada disediakan bagi menghargai usaha setiap peserta.

Pada sesi petang, peserta di beri penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu portal sebenarnya.my dan tayangan video. Kemudian diteruskan dengan soal jawab dari peserta dan pertandingan kuiz juga ada disediakan. Hal ini berikutan menguji tahap pemahaman para peserta.

gambar disini