Tarikh : 20 Julai 2018 Tempat : Pi1m Kg Mela Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari Peserta : 5 Orang |
TUJUAN
Meningkatkan pemahaman dan kesedaran dikalangan komuniti berkenaan kepentingan mengamalkan pemakanan secara sihat. Petugas juga menekankan pemeriksaan myhealth boleh dilakukan secara berkala di pusat internet. Selain itu, penerangan bekenaan mobile ewaste seperti tujuan, fungsi, kepentingan dan kesan juga diberikan kepada para peserta kelas.
AKTIVITI
Sesi pertama petugas pusat internet memberikan peneraangan berhubungan pyramid makanan. Kemudian peserta diberikan soalan kuiz dan peserta perlu menjawab dengan kadar segera. Hal itu bertujuan untuk menguji pemahaman para peserta. Seterusnya pemeriksaan kesihatan myhelath dilakukan iaitu pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Peserta mempraktikkan pembelajran dengan mencipta jadual portian pemakanan sihat. Sesi kedua diteruskan dengan penerangan mobile ewaste kepada para peserta kelas. Seterusnya projek pengumpulan ewaste diteruskan yang mana kepada peserta yang mempunyai barangan eletronik yang terpakai boleh dimasukkan ke kotak ewaste yang disediakan di pusat internet.