Tarikh : 21 Jun 2019 Tempat : Pusat Internet Kampung Mela Masa : 3.00 petang – 5.30 petang Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas advokasi dan dashboard ini dihadiri oleh 7 orang waniti terdiri daripada komuniti kg Mela dan sekitar. Tujuan kelas advokasi ini dilakukan adalah bertujuan untuk memupuk tahap kesedaran yang tinggi dikalangan komuniti untuk menggunakan internet secara bijak. Selain itu juga, menekankan kepada komuniti kelebihan dalam menggunakan laman dashboard sebagai saluran penyampaian maklumat yang betul.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan berkenaan maksud oversharing serta kesan buruk dari mengamalkan sikap oversharing. Media yang digunakan adalah youtube serta petugas juga mengadakan sesi kuiz dan soal jawab bagi menguji pemahaman peserta kelas. Seterusnya petugas memberi penerangan berkenaan modul mykomuniti dan peserta diminta mempraktikkan dengan memuatnaik hebahan melalui mykomuniti.