Tarikh : 4 June 2018 Tempat : Pi1m Kg Mela Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari Peserta : 7 Orang |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang usahawan dari kampung Mela. Tujuan kelas latihan diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam rangkaian emel serta kepentingannya, serta menguasai setiap fungsi dan mahir dalam menggunakannya. Hal ini kerana, emel merupakan pengantara atau sistem perhubungan penting dalam urusan perniagaan.
AKTIVITI
Penolong pengurus memberi penerangan berkenaan kepentingan setiap fungsi yang terdapat di dalam aplikasi emel. Kemudian peserta mencipta emel menggunakan maklumat diri dan mempelajari kaedah dan langkah penggunaannya. kemudian, peserta menggunakan emel sebagai salah satu rangkaian untuk berhubung. Para peserta membuat beberapa latihan dalam mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari.