Tarikh : 25 Mac 2018 Tempat : Pi1m Kg Mela Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang mengikuti bengkel tutorial matematik bagi pelajar rendah tahap 2. Serta 6 orang peserta terdiri daripada pelbagai golongan umur bagi sesi KDB & kuiz khahoot. Tujuan bengkel tutorial ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap subjek matematik. Selain itu, bertujuan sebagai latihan ulangkaji dalam tempoh cuti sekolah berlangsung.
Aktiviti
Para pelajar diajar teknik penyelesaian masalah bagi soalan subjek matematik. Peserta diberikan beberapa soalan dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Seterusnya, peserta perlu membuat pebentangan jawapan bagi setiap soalan yang diberikan. Petugas dan peserta akan berbincang jalan kira dan kaedah penyelesaian dalam sesi perbincangan jawapan. Selain itu, tayangan video dan taklimat KDB diberikan bagi memberi kesedaran kepada generasi kini supaya menggunakan internet dengan lebih berhemah.