mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC 2019 – KENALI ICT BERSAMA TABIKA PERPADUAN MELA

 

Tarikh                         : 15 Mac 2019

empat                         : Pusat Internet Kampung Mela

Masa                           : 9.30 pagi hingga 11/.30 tengahari

Peserta                       : 23 orang

 

Tujuan

Program kenali ICT ini dihadiri oleh 23 orang murid daripada terdiri daripada pelajar yang berumur 3 – 6 tahun daripada tabika perpaduan kampung Mela. Tujuan program ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendedahkan pembelajaran ICT kepada semua murid dari usia muda lagi. Hal ini demikian kerana,seiring zaman it dan teknologi kini, banyak tugasan dan urusan serta pembelajaran kini yang menggunakan internet.

Aktiviti

Antara aktiviti utama yang dijalankan permainan pendidikan, iaitu murid diminta mengenal bentuk, warna, serta bijak dan cekap dalam mengendalikan tetikus. Selain itu, murid-murid tabika juga diminta untuk mengenal abjad dan menggunakan papan kekunci dengan baik. Para murid menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan tugasan yang diberikan dengan baik.

Gambar Disini