mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Mei 2018 – Latihan Modul Micrososft Office serta Penyerahan Sijil

Tarikh                         : 19 Mei 2018

Tempat                       : Pi1m Kg Mela

Masa                           : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari

Peserta                       : 4 Orang

Tujuan

kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepas politeknik dan lepasan SPM. kelas latihan ini diadakan bertujuan memberi pemahaman berkaitan modul microsoft office yang mana supaya peserta lebih mahir dalam menguasai kemahiran berikut. Selain itu, kelas ini juga memberi persediaan kepada peserta dalam mempersiapkan diri ke alam pekerjaan kelak. Kelas ini mengambil masa selama 3 bulan bermula dari bulan mac hingga 19 mei bagi melengkapkan modul yang di berikan oleh petugas.

Aktiviti 

Para peserta diajar mengenai asas microsoft word, excel, powerpoint serta publisher. Seterusnya pembelajaran diteruskan dengan memberi penerangan dengan mendalam dan latihan diberikan supaya segala pemahaman dapat di praktiskan oleh peserta. Peserta diberikan tajuk dan diminta menghuraikan dan melakukan pebentangan. Selain itu, pelbagai aktivit juga dilakukan seperti mencipta brosur, kad perniagaan, minit mesyuarat, serta flyers. Hal ini bertujuan supaya peserta dapat memahami dan menggunakan kesemua kompenan di microsft office tersebut. Di akhir pembelajaran modul, peserta di anugerahkan sijil latihan ICT hasil kesemua pembelajaran modul yang telah siap dilengkapkan.