mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOVEMBER 2018 – DASHBOARD MYHEALTH & MAKEOVER BERSAMA DYXY

 

Tarikh                    : 18 November 2018

Masa                     : 3.00 – 5.30 PETANG

Lokasi                    : Pusat Internet Kampung Mela

Peserta                  : 19 Orang

Tujuan

Program ini melibatkan seramai 19 orang wanita daripada komuniti sekitar kampung Mela.  Pemeriksaan kesihatan secara berkala bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada komuniti berkenaan kepentingan dalam menjaga kesihatan diri. Selain itu, program ini dilakukan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti penduduk kampung dalam program santai iaitu pengenalan produk DYXY kepada usahawan Kg Mela

Aktiviti

Peserta melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian gula dalam darah, timbang berat, serta pemeriksaan tekanan darah. Hasil pemeriksaan kesihatan akan direkod bagi menguji perbandingan tahap kesihatan pada sesi pemeriksaan kesihatan akan datang kelak. Selain itu, penerangan ringkas berkenaan portal sebenarnya,mydiberikan kepada semua peserta. Program diteruskan dengan sesi pengenalan produk DYXY kepada peserta. Peserta juga diberi peluang merasai sendiri pemakaian produk dari DYXY. Jurusolek dibawa sendiri daripada pihak DYXY yang mana akan merias wajah kesemua peserta menggunakan produk DYXY. Selain itu, peluang untuk menjadi dropship juga dibuka kepada kesemua peserta.