mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan November – Program Pendedahan Atasi Bencana Banjir Dan Klik Dengan Bijak (Fitnah Media Sosial) Kerjasama Dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM)

 

Tarikh                    : 17 November 2017

Masa                     : 8.00 pagi – 11.30 tengahri

Lokasi                    : Dewan Terbuka Kampung Mela

Peserta                  : 40 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti di sekitar kampung  Mukim Cheka 1, berkenaan langkah keselamatan menjelang musim bencana banjir. Serta kempen kesedaran dalam menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial. Yang mana secara tidak langsung menganggu urusan pihak berkuasa dan masyarakat lain. Selain itu, memberi kesedaran kepentingan mencari kesahihah dalam suatu berita.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan berkaitan kesan penyebaran maklumat palsu dan pendedahan portal sebenarnya.my. Selain itu, peserta juga diberi penerangan kepentingan dalam mencari kesahihan berita terlebih dahulu sebelum mnyebarkannya. Kemudian peserta perlu menjawab beberapa soalan kuiz yang diberikan oleh petugas untuk menguji kefahaman peseta dan hadiah juga disediakan kepada para pemenang.

Disamping itu, peserta diajar mengenai asas keselamatan dan langkah keselamatan awal dalam menghadapi musibah banjir. Pihak APM juga melantik beberapa sukarelwan dalam membantu urusan di tempat pemindahan banjir sekiranya bencana tersebut berlaku. Lima orang wakil setiap kampung dari lapan buah kampung telah dilantik. Latihan kepada peserta yang dilantik dan demostrasi oleh petugas APM juga ada dilakukan.