mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September 2018 – KDB & Bengkel Penyediaan Fail Meja Bersama PT Badan Kerajaan

Tarikh                    : 6 September 2018

Masa                     : 9.00 pagi – 5 Petang

Lokasi                    : Pusat Internet Kampung Mela

Peserta                  : 16 Orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 16 orang terdiri daripada pembantu tadbir dari pelbagai badan kerajaan. Tujuan Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman secara jelas kepada semua pembantu tadbir berkenaan formal sebenar dalam penyediaan dan pengurusan fail meja. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pemantapan ICT dalam penggunaan Microsoft Office

Aktiviti

Peserta yang hadir diberi penerangan dan pendedahan secara detail mengenai kaedah sebenar dalam penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan didalam sesebuah organisasi. Sesi soal jawab diteruskan bagi menguji tahap pemahaman setiap peserta. Seterusnya, modul penyediaan dan pengurusan fail meja diteruskan sehingga tamat. Slot terakhir diteruskan dengan pemantapan ICT, iaitu pengukuhan dalam pengetahuan ICT. Seorang pembantu tadbir perlu menguasai pengetahuan ICT selaras dengan aliran masa yang mana kebanyakkan pengurusan dokumen dan kerja melibatkan penggunaan internet.