Pekan sehari Kg Mela beroperasi pada setiap hari Sabtu, bermula seawal jam 6.30 pagi. Terdapat pelbagai hasil jualan yang ditawarkan seperti, kuih tradisional, hasil tangkapan sungai, sayur-sayuran yang segar dan sebagainya. Hasil tanaman juga merupakan tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung secara organik. Di samping itu, dengan adanya Pekan Sehari ini dapat meningkatkan ekonomi penduduk Kg Mela dan kampung-kampung sekitarnya.