Persatuan Belia 4B adalah persatuan belia yang ditubuhkan di Kampung Mela. Antara tujuan penubuhannya adalah untuk menggalakkan golongan belia aktif dalam setiap aktiviti. Selain itu, persatuan ini bertujuan untuk mengelakan golongan belia daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Ahli persatuan 4B terdiri dari belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. Tiap-tiap belia yang baru sahaja menamatkan persekolah berhak mendaftar diri sebagai ahli belia 4B. Pendaftaran ahli boleh dikemukakan kepada jawatankuasa persatuan belia 4B.