Pada 30 Ogos 2017, pihak JKKK Kg Mela telah mengadakan program sambutan Hari Kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti pemeriksaan kesihatan oleh pihak kospen, konvoi bermotor membawa bendera Malaysia,gotong royong memasak, sukaneka, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan percikan bunga api ambang merdeka tepat jam 12 malam. Sambutan ini bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada 12.30 malam.program ini dihadiri 300 orang komuniti yang terdiri daripada komuniti setempat dan komuniti berhampiran.