mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

RED FOREST, FELDA PADANG PIOL, JERANTUT

Bukit Buluh atau nama glamornya, “Red Forest” yang ditafsirkan kepada Hutan Merah merupakan jejak mendaki yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut. Bukit Buluh yang mempunyai ketinggian sehingga 331 meter ini terkenal dengan pokoknya yang berwarna merah menjadikan tempat ini kelihatan berada di alam fantasi. 

Pendakian ke Bukit Buluh ini perlu  melalui ladang kelapa sawit sebelum dapat menikmati keindahan dan keunikan “Red Forest” ini. Disini terdapat kira-kira 20 pokok yang dahannya berwarna merah dan ia mampu memberikan para pendaki perasan istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Nama pokok ini dikatakan adalah Gelam Merah. Kulit pokoknya yang berwarna merah juga dikatakan sangat lembut dan mempunyai akar yang berselarat. Hanya pendaki di Bukit Buluh ini sahaja yang tahu mengenai kesahihan tekstur pokok ini.