Sejarah awal pembukaan Kampung Mela
Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Sejarah ‘Mula’
Menurut Sejarah Kampung Mela, ia mula dibuka pada 1809 oleh Tok Rahim yang pada masa dahulu terkenal di sepanjang Sungai Jelai kerana kekayaan yang dimilikinya. Nama asal Kampung Mela dipercayai berasal daripada perkataan ‘mula’ iaitu kawasan hutan belukar yang mula-mula sekali dibuka dan menjadi sebuah kawasan penempatan. Perubahan dari tahun ke tahun menyebabkan sebutan ‘mula’ akhirnya berubah menjadi ‘mela’ mengikut sebutan mulut seseorang.
Tok Rahim yang membuka kawasan penempatan ini digelar dengan nama ‘Tok Mela’ dan telah berkahwin dengan Siti Sarah yang digelar Hitam Cuai. Setelah mendapat zuriat, mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Kampung Mela.
Memandangkan sejarah pembukaan kampung ini yang berlaku sejak beratus tahun dahulu, sehingga kini penduduk kampung telah menerima pelbagai kemajuan dan pembaharuan baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan. Begitu juga dengan kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti jalan raya berturap dan lampu jalan yang telah disediakan untuk kemudahan penduduk kampung, segalanya lengkap dan amat berguna kepada masyarakat.
kesinambungan sebelum cerita diatas dikaitkan dengan dua saudara yang berasal daripada Acheh, Sumatera (Indonesia) datang ke Tanah Melayu untuk berguru dan bekerja. Mereka mengambil keputusan untuk berpecah setelah sampai ke Tanah Melayu. Seorang ke Terengganu dan seorang lagi ke Pahang.
Tok Rahim ke Pahang. Apabila Tok Rahim menghilir di Sungai Jelai setelah sekian lama merantau, beliau terjumpa sebuah kampung yang tidak diketahui nama dan asal usulnya. Beliau mengambil keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan diterima baik oleh ketua kampung. Setelah sekian lama berada dikampung itu Tok Rahim berasa selesa dan sesuai bagi dirinya terus menjadikan kampung tersebut sebagai tempat kediamannya. Pada pada masa yang sama Ketua kampung tersebut mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Siti Sarah atau gelarannya Hitam Cuai ketika itu dan sudah bertunang dengan anak ketua kampung sebelah (aku lupa namanya). Setelah sekian lama tanpa disedari Tok Rahim dan Siti Sarah saling menyukai antara satu sama lain dan akhirnya tunangan Siti Sarah diputuskan. Oleh itu, Tok Rahim telah dikahwinkan dengan Siti Sarah oleh ketua kampung merangkap ayah mertuanya dan menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh bekas tunangannya.
Pulau Temunga , Kampung Mela
Disebabkan peristiwa itu terjadilah peperangan antara kedua-dua kampung. Namun begitu, ketua kampung merangkap ayah kepada Siti Sarah tetap merestui hubungan mereka berdua dan meminta mereka melarikan diri daripada kampung tersebut. Sebelum mereka berjaya melepaskan diri, ayah kepada Siti Sarah berpesan kepada Tok Rahim bahawa ” Menghilirlah kamu ke sungai Jelai dengan berakit dan carilah dimana terdapatnya satu sungai tiga muara”. Setelah beberapa hari berakit, Tok Rahim tetap tidak menjumpai sungai yang mempunyai tiga muara. Beliau telah berakit hingga ke sebuah pulau di Jerantut Feri (Nama sekarang) dan beliau yakin bahawa muara yang di cari tidak wujud dan sudah berputus asa. Namun Siti Sarah atau gelarannya Hitam Cuai mengajak Tok Rahim untuk berpatah balik.
Siang berganti malam dan malam berganti siang, Tok Rahim masih tidak menjumpai satu sungai tiga muara. Hati runsing dan bingung mengenangkan pesanan ayah mertuanya. Akhirnya setelah penat berkayuh beliau terjumpa sebuah pulau ditepi sungai (Nama pulau tersebut adalah Pulau Temunga dan masih ada hingga sekarang). Setelah berehat untuk seketika beliau berjalan-jalan disekeliling pulau dan melihat seakan-akan terdapat dua muara yang terbentuk dihujung pulau tetapi beliau masih bingung dimana muara ketiga. Tidak lama selepas itu Siti Sarah menyatakan kepada suaminya bahawa beliau terjumpa satu muara di hulu sungai yang tidak jauh daripada pulau mereka tumpang berteduh (Muara Sungai Cheka)
Jeti Sungai Jelai Kg Mela Jeti Sungai Jelai Kg Mela