mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Ekonomi Digital Kg Mela

Pusat Ekonomi Digital Kampung Mela merupakan salah satu program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang teknologi antara masyarakat bandar dan luar bandar. Pusat Ekonomi Digital ini dilengkapi dengan kemudahan komputer meja dan perkakasnya serta menyediakan kemudahan jalur lebar.

Pusat Ekonomi Digital Kampung Mela ditubuhkan pada penghujung tahun 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada 21 Mac 2014. PI1M Kg Mela ini merupakan Fasa 4 (Telephony) dan terletak kira-kira 30km dari bandar Jerantut. Selain itu kedudukannya yang strategik,iaitu terletak diantara Pejabat Penghulu dan Perpustakaan Desa Kg Mela memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung kelak.