mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Taman Rimba Kenong, Kuala Lipis

Taman Rimba Kenong

Pengenalan Taman Rimba Kenong

Taman Rimba Kenong, terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang dan bersempadan dengan Taman Negara Pahang di bahagian timur dan selatan. Hutan Hujan Tropika yang berkeluasan 16,000 hektar persegi ini menempatkan salah satu Hutan Hujan tertua di dunia jenis hutan dipterokarpa bukit., berusia 130juta tahun

Taman Rimba Kenong menempatkan puluhan gua batu kapur yang berusia melebihi 200juta tahun. Air sungai yang mengalir jernih, kepelbagaian bio, dan pemandangan gunung batu kapur menghiasi landskap sekitar taman tropika ini.

Selami dan nikmati ketenangan taman ini serta bebaskan diri anda dari belenggu kesibukan kota. Hayati kepelbagaian keajaiban alam semula jadi seperti gua batu kapur yang menarik, air terjun yang menenangkan dan rimba yang kaya dengan flora dan fauna.

SEJARAH  TAMAN RIMBA KENONG

Nama Taman Rimba Kenong diambil sempena nama sungai kenong yang mengalir sepanjang Taman Rimba Kenong. Nama kenong itu sendiri berasal dari bahasa melayu Pahang. Perkataan asal adalah “Ke Nun” yang bermaksud jauh di sana, disebabkan peredaran masa perkataan “Ke Nun” telah berubah secara sendirinya menjadi Kenong.

Taman Rimba Kenong merupakan tempat tinggal manusia purba kerana mempunyai banyak lubang gua dan berdekatan dengan sumber air. Tambahan pula, Taman Rimba Kenong merupakan habitat bagi pelbagai jenis binatang yang menjadi sumber protein manusia primitif. 

Kenong dijumpai oleh penduduk tempatan yang datang untuk memburu dan mencari hasil hutan seperti rotan dan gaharu. Kenong juga merupakan tempat tinggal Orang Asli yang menjadi penghuni tetap hutan hujan.

Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:

  • Jelajah Gua Batu Kapur
  • Interpretasi Sumber
  • Berkelah / Berenang
  • Fotografi
  • Aktiviti Tali
  • ‘Cave Tubing”
  • Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
  • Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
  • Jalajah Gunung
  • Perkhemahan 

Kemudahan sedia ada:

  • Tempat letak kereta
  • Jambatan Gantung
  • Pusat Penerangan
  • Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
  • Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
  • Chalet dan dormitori
  • Tapak perkhemahan
  • Kemudahan tandas
  • Denai hutan / Denai interpretasi

Panduan Perjalanan

  1. Menaiki Kereta Api

Pekan terdekat dengan Taman Kenong Rimba ialah Kuala Lipis. Kereta api menghubungkannya ke Kuala Lumpur dan Singapura. Cara terbaik untuk ke sini ialah dengan menaiki kereta api ke stesen Batu 9.

  1. Laluan Darat

Anda juga boleh pergi menggunakan laluan darat ke Stesen Kuala Lipis, kira-kira 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, tuju ke Stesen Baru 9. Dari sini, berjalan kaki selama 5 minit ke jeti Sungai Jelai kemudian naik bot selama 20 minit menuju ke jeti Tanjung Kiara di Sungai Kesong. Perjalanan ke dalam taman bermula dari jeti

  1. Laluan Air

Anda juga boleh menaiki bot dari jeti Kuala Lipis ke Tanjung Kiara atau ikut jalan lama melalui Felda Kechau Sembilan sebelum keluar melalui Kampong Matok.

Hubungi

Kuala Lipis District Forest Office

Alamat: Government Office Complex. 27200 Kuala Lipis, Pahang

Telefon: +09-312 1273/ 4106

Faks: +609-312 3745

  

  

                                                                           sumber : tourism pahang